Pages

Ads 468x60px

Bersih, Selesa dan Selamat

Rantau Panjang


Jarak dari Safiyya Guest House ke Rantau Panjang hanya sekitar 14 - 17 minit je (bergantung pada si drivernya).

Ohya apa yang menariknya kat Rantau Panjang? Rasanya semua orang tau. Rantau Panjang adalah kawasan zon bebas cukai. Ia amat terkenal dan sentiasa menjadi  tumpuan para pelancong … 

Setiap kali musim cuti sekolah atau cuti umum, pasti ramai tetamu dan pelancong yang akan datang ke Rantau Panjang. Mereka datang terutamanya untuk membeli belah. Ia menjadi tumpuan kerana harga barangannya yang dikatakan amat murah. Berbaloi orang kata jika dapat datang ke Rantau Panjang. Pelbagai barangan seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan orang dewasa, toto, cadar, selimut, kasut & selipar wanita, kasut & baju bola, beg wanita, pinggan mangkuk, kuali dan periuk belangga. Pelbagai jenis buah-buahan, bunga-bungaan dan cenderahati juga ada dijual. 

Kaum Wanita pasti teruja bila datang ke Rantau Panjang. Asyik-asyik tengok dompet - ada banyak lagi tak duit. Maklumlah tengok itu nak beli, tengok ini pula nak beli. Fesyen bajunya bukan saja sentiasa baru / berfesyen terkini tapi juga mempunyai ‘pelbagai jenama terkenal’. Apa yang penting ia amat murah, cantik dan sesuai untuk bergaya sakan. hehe .. 

Ada yang datang kerana makanannya yang dikatakan sedap dan juga murah. Ada makanan ala-ala Thai gitu. Pedas-pedas manja.

Opss!! jangan lupa cuba makan pulut ayam resepi thai, som tam, mee kuah, lok ching okey. Best tau. Rugi kalau dah sampai kat Rantau Panjang tapi tak cuba makanan ini.


Pulut Ayam resepi Thai

som tam Thai

Jom kita terjah sekitar kawasan Pasar Besar Rantau Panjang yang sempat Safiyya snap. Safiyya snap pada Pertengahan Jun 2013.






p/s - kalau duit tak cukup .. jangan risau. Banyak bank terdapat di sini. BSN, MAYBANK, BANK ISLAM, BANK PERTANIAN ...

Pageviews (mula 28 Mac 2013)

 

Safiyya Guest House

Safiyya Guest House

Renungan

"Hidup ini penuh dengan keindahan. Oleh itu hargailah ... "

Tetamu Safiyya