Dari Kuala
Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai – Machang – Kota Bharu – Pasir Mas
Apabila sampai di bandar Tunjong, pandu terus. Pandu
sehingga tiba di persimpangan empat (traffic light), ambil lorong kiri untuk ke
Pasir Mas (guna JALAN SALOR – PASIR MAS). Pandu terus sehinggalah anda tiba di
bulatan (roundabout) LEMAL/PASIR MAS.
Sebaik tiba di roundabout ini, belok ke kiri dan akan jumpa
simpang tiga di depan petrol pam Esso. Kemudian, belok kanan terus memandu
sehingga ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Dari hospital Lati, anda
diminta terus memandu lebih kurang 100
meter dan anda akan sampai ke SAFIYYA GUEST HOUSE, betul-betul di tepi jalan
dan bertentangan dengan masjid as-Safraa / masjid Kepas (masjid warna kuning) –
ada SIGNBOARD SAFIYYAGUESTHOUSE.
Dari Kuala Lumpur - Gua
Musang - Kuala Krai – Machang – Kota Bharu – Pasir Mas - Rantau Panjang
Dari Kota Bharu, pandu terus sehinggalah anda tiba di
bulatan (roundabout) LEMAL / PASIR MAS. Sebaik tiba di roundabout ini, terus
guna jalan menuju ke Rantau Panjang. Dari roundabout ini pandu lebih kurang 4
km akan jumpa simpang tiga. Di sini juga akan nampak signboard yang menunjuk arah ke
Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Sampai je di simpang 3 ini, terus
belok kiri menuju Jalan Hospital Daerah Pasir Mas. Lebih kurang 1.5 km akan
jumpa SAFIYYA GUEST HOUSE (ada SIGN BOARD).
Dari Kuala
Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah - Pasir Mas.
Bagi mereka yang dah biasa, boleh terus guna jalan pintas,
iaitu melalui Kuala Krai - Machang -
Tanah Merah – Pasir Mas.
Dari Tanah Merah, anda diminta pandu terus ke Pasir Mas.
Apabila sampai di hadapan jejantas Lemal, anda akan jumpa Sekolah Menengah
Panglima Raja (sebelah kiri), belok kiri, terus memandu sehingga ke Hospital
Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI). Dari hospital Lati, anda diminta terus
memandu lebih kurang 100 meter dan anda
akan sampai ke SAFIYYA GUEST HOUSE, betul-betul di tepi jalan dan bertentangan
dengan masjid as-Safraa (masjid warna kuning).
Dari Kuala
Lumpur - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah - Pasir Mas.
Dari Tanah Merah, anda diminta pandu terus ke Pasir Mas.
Apabila sampai di roundabout, anda belok kiri terus memandu menggunakan jalan
raya ke Rantau Panjang. Dari roundabout ini pandu lebih kurang 4 km akan jumpa
simpang tiga. Di sini juga akan nampak
signboard yang menunjuk arah ke Hospital Daerah Pasir Mas (HOSPITAL LATI).
Sampai je di simpang 3 ini, terus belok
kiri menuju Jalan Hospital Daerah Pasir Mas. Lebih kurang 1.5 km akan jumpa
SAFIYYA GUEST HOUSE (ada SIGN BOARD).