Dari Safiyya Guest House ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit je. Itu semasa safiyya pandu kereta waktu malam. Kalau siang hari rasanya lagi cepat sampai.
Pasar malam Wakaf Che Yeh –
satu lagi tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Malah ramai orang kata, kalau ke
Kelantan tidak sah jika tak pergi ke Pasar Besar Rantau Panjang dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Oh ya apa
menariknya Pasar Malam Wakaf Che Yeh? Untuk makluman semua, kat pasar malam
ini, pelbagai jenis barangan ada dijual di sini. Harganya juga agak murah. Berbaloi le 'berabis sikit duit kat sini' ...
Pasar Malam Wakaf Che Yeh – sentiasa meriah dengan
kedatangan orang ramai. Pasar ini dibuka sebelah petang sehingga lewat malam. Di sini juga seperti kat Rantau
Panjang, pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kain sepasang, baju seluar, kain tudung,
kasut & selipar, tuala, toto, jersi bola sepak dan baju batik ada dijual.
Waktu sibuk / waktu puncak adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti
sekolah / cuti umum.
Jom kita terjah gambar sekitar Pasar Malam Wakaf
Che Yeh yang Safiyya snap baru-baru ini …
Berikut pinjam gambar dari Google ..
Beli jangan tak beli kak … Kerja penat-penat
beli je mana yang berkenan di hati. hehe