Pages

Ads 468x60px

Bersih, Selesa dan Selamat

Safiyya Guest House







Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang ke Safiyya Guest House ...

"SEBUAH PENGINAPAN BARU, BERSIH, SELESA & SELAMAT"

Menyediakan rumah penginapan yang selesa untuk sewaan harian dengan kadar yang amat berpatutan.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ...


KONSEP SAFIYYA GUEST HOUSE

Penginapan untuk orang Muslim sahaja

Safiyya Guest House menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman yang selesa & lengkap dengan pelbagai kemudahan. Safiyya terletak di tengah persekitaran perumahan & taman perumahan yang damai dan menenangkan kepada semua pengunjung yang datang untuk :
  • Bercuti
  • Melancong
  • Membeli belah
  • Kursus
  • Urusan perkahwinan, rombongan pengantin dsb
  • Urusan keluarga dll.
Persekitaran yang selamat kerana berada di tepi jalan, persekitaran perumahan dan berhampiran dengan deretan kedai makan serta betul-betul berhadapan dengan sebuah masjid (Masjid As-Safraa / lebih dikenali dengan nama Masjid Kepas - masjid berwarna kuning). InsyaAllah selamat!!  


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Motto kami adalah “Bersih, Selesa Dan Selamat”.

Kami menyediakan perkhidmatan penginapan yang lengkap dan selesa dengan harga yang amat berpatutan dan murah untuk penyewa yang ingin berkunjung, jalan-jalan & membeli belah di Negeri Kelantan.  

Antara kemudahan yang disediakan:

Bilik Tidur

·         Terdapat 4 buah bilik tidur.
·         Bilik tidur utama dilengkapi aircond & kipas siling, katil bersaiz Queen, almari pakaian & penyangkut baju, meja solek, karpet, sejadah, kain pelikat untuk solat & penyidai tuala.
·         Bilik tidur kedua dilengkapi aircond & kipas siling, katil bersaiz Queen, almari pakaian & penyangkut baju, meja solek, kain sejadah & penyidai tuala.
·         Bilik tidur ketiga dan keempat dilengkapi katil bersaiz Queen, kipas siling, kain sejadah & penyangkut baju.
·         Kipas siling di setiap bilik tidur
   3 kipas siling di ruang tamu.

Ruang Tamu

·         Kabinet TV dan TV
·         Set kerusi, sofa dan Tea-table.

Ruang Makan

·         Set meja makan untuk 6 orang.

Ruang Dapur

·         Peti sejuk
·         Cerek elektrik
·         Kabinet dapur
·         Pinggan mangkuk, cawan gelas dan sudu garpu
·         Panasonic sandwich maker

 Dua Bilik Air

 Kemudahan Lain

·         Selimut bagi ke empat-empat bilik.
·         Sejadah bagi ke empat-empat bilik.
·         Seterika dan papan penggosok.
·         4 tilam bujang beserta bantal 

-    Berhadapan guesthouse terdapat masjid as-Safraa (boleh bersolat jemaah dan solat Jumaat - insyaAllah selamat …)
-    Berdekatan guesthouse terdapat kedai makan, kedai runcit, cyber cafe, hospital daerah, sekolah dsb.


Pageviews (mula 28 Mac 2013)

 

Safiyya Guest House

Safiyya Guest House

Renungan

"Hidup ini penuh dengan keindahan. Oleh itu hargailah ... "

Tetamu Safiyya